Kerja Bodoh Nik Abduh dan Kerja Jahat Pembantu Presiden

May 3, 2009

Siapa dak baca tulisan sensasi anak Nik Aziz,  tapi sayang tak lebih dari menepuk air di dulang, muka sendiri jugak yang kuyup.

Dulu orang dak bercakap pasal kereta CRVnya, pasal dia makan gaji buta dok jadi ahli majlis MPKB dan komisyen balak, hari ini semua dah habis dicerita orang.

Nik Abduh dah pusing lalat. Bukan kerana banyak bersembunyi kat Kedai Lalat (Tak jauh dah dengan rumahnya), tetapi pening lalat pasal bau busuk jadi banyak lalat dok mari.

Nik Abduh buat pendedahan waktu Tuan Guru Nik Aziz mengerjakan umrah menunjukkan dia ada agenda busuk.

Terus terang, orang dah tahu Nik Abduh nak tunjuk hero belasah Husam. Dulu Nik Abduh halau Husam dari Kijang dalam Pengkalan Chepa. Hari ini Nik Abduh dengan sokongan moral pembantu Presiden di Selangor dan Terengganu nak bunuh karier politik Husam lak.

Kenapa ya?

Nik d sah berdalih dengan hujah-hujahnya. Kalau dia anak jantan berterus terang sahaja dia bencikan Husam kerana sejak Husam jadi exco kewangan, segala karut marut balak yang dinikmati oleh beberapa orang tertentu dalam PAS dah tamat.

Razak Abas, pembantu TGNA dan rakan balak Takiyuddin and the geng jugak kesayangan Nik Abduh. Tak payah sandiwara lagi. Ini semua hal dunia dan daak da kaitan dengan Ulama, membela Islam atau Perpaduan Melayu.

Dulu Nik Abduh bukan main lantang tuduh Husam rasuah sehinggakan dia tersembam dalam keaiban depan ayahandanya sendiri sebab tu dendam kesumat tak habis-habis.

Siapa dari geng Balak yang nak Husam menang Timbalan Presiden? Kalau Husam menang Timbalan Presiden, TGNA akan serahkan pada Husam jawatan MB Kelantan. Dah lebih enam tahun geng balak dok ikat perut tak cukup pitih balak, Husam jadi MB, habislah. Bukan ikat perut mati kebulur teruih.

Yang sedihnya, Nik Abduh bukan anak jantan, dia belasah Husam sambil selindung belakang jubah ayahandanya.  Akibatnya, Husam tak kena, tapi ayahandanya yang teruk menanggung.

Inilah kisah benar hari ni. Nik Abduh cuba buruk Husam tapi conteng arang kat muka ayahandanya. Nik Abduh dak pandai. Dia makan jolokan pembantu Presiden di Selangor, takda fikir panjang langsung.

Nik Abduh ingat dia memukul Husam tapi buah yang digarap pembantu TG Haji Hadi sebenarnya nak jatuh maruah Nik Aziz. Jangan salah faham, TGHH langsung tidak dok dalam hal ini. Namanya kena lelong dek kepentingan orang lain.

Ini balas dendam terhadap TGNA sebab pembantu TGHH dak puas hati dengan TGNA dak menerima saranan Muzakarah dan lepas Kerajaan Perpaduan yang di lahir hasil hubungan sulit Timbalan Presiden PAS Ust. Nasha dengan UMNO.

Tindakan TGNA, terlepaslah peluang pembantu TGHH nak rasa jadi Setiausaha Akhbar Menteri.

Mudah nak racun Nik Abduh kerana kemelut lama dan balak yang dak pernah Husam lulus. lepas Mac 8, Husam dok buat sistem baru bagi susah perut-perut tu nok kuyah balak. Husam sendiri minta TGNA gugurkan nama dia dari Jkuasa Balak. Tapi Mohd Amar ada dan gerenti sign surat balak.

Kalau Husam kena tendang, Mohd Amar boleh jadi MB Kelantan dan senang nak ranggas balak.

Nik Abduh kena racun, konon cerita Husam letok YB Latif cabar Nik Abduh dari jadi Ketua Pemuda Kelantan. Gambrar maut, menggaga Nik Abduh.

Lepas kena tegur maruah Nik Abduh lebam macam buah pauh siam busuk. Mulalah meraban kononnya, TGNA tawar dia tanding pilihanraya. Pilih saja kat mana nak. Jadi cerita, Nik Aziz ni berat sangatlah perangainya nepotisme. Walhal, masa PRU 12 TGNA sendiri cakap, Nik Abduh tak layak sebab ‘dok matang’. Tu memang ikhlas dari TGNA. Jadi hari ini satu Malaya dok tengok Nik Abduh ni tak matang.

Nik Abduh ni mangsa saja. Dia dok jahat tapi sikit ada sikap berlagak. Inilah yang dimanipulasi oleh pembantu Presiden.

Kesian. Lagu ni lah PAS kalau nak tahu. Cerita benar PAS yang Harakah tak keluarkan dan Utusan tak tahu menahu.

Advertisements

23 Responses to “Kerja Bodoh Nik Abduh dan Kerja Jahat Pembantu Presiden”

  1. Shahir said

    Baru aku tahu cerita betul. Bapak jahat puak nih. Ulamak konon. Ini bukan ulamak. Dalam hadith nabi pun ada bagitahu, ulamak jahat ni macam anjing.

  2. hussin abdaziz said

    semalam aku dengar nik abduh dah beli kereta rm 200k? betul ke nik abduh?

    kalu mu nak selamat, nak panjang hayat politik mu, mu kena pandai pilih kawan, bukan seperti abe jak, yang dikaitkan dengan crv yang demo dok pulas steering tuh! steadylah orang muda, mu kena belajar banyak lagi dari ayahanda mu…

  3. bangyobleh said

    salam semua,
    yang sebenarnya hak penguasaan keatas pengeluaran balak dah ciput. geng balak sedang menjalankan kempen untuk mendapatkanya semula. berfikirlah dengan pandangan terbuka. isu yang dimainkan hanya propoganda sahaja. matanglah dalam berpolitik.

  4. […] link ini juga amat mustahak untuk […]

  5. […] tujuan Manishabasha ini, mahu kita semua membaca cerita menarik di blog kisah benar ini… ini link yang dimaksudkan […]

  6. Misteri Altantuya...di hujung C4!! said

    tak semua manusia ni baik2 belaka… 😛

  7. jutaones said

    Ni bukan kisah benar..ni kisah israiliyyat moden…tulisan pun tak de roh nak baca…

    Gaya penulisan semacam org tak dapat nak ‘ranggoh’ balak..

    ingatlah firman Allah…”Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa berita maka hendaklah kamu selidik dulu..”

  8. PAS MHARUNGI PJUANGAN DAH BKURUN LAMANYA… DIFITNAH,DIPENJARA DAN BMACAM2 LAGI.PAS TIDAK BTAHAN KERANA KUASA,PANGKAT DAN RM..SBALIKNYA KERANA PJUANGAN MNEGAKKAN ISLAM SBB ITULAH PAS BOLEH BTAHAN.. KINI MUNGKIN MUNCUL SATU LAGI BENTUK FINTAH..DEK KERANA PKARA KECIL2AN BLAKA.BAB XPUAS HATI TU DALAM MANA2 PJUANGAN BIASA LA..TP PIHAK MUSUH MMAINKAN FINTAH LEBIH HEBAT DARI MBUNUH..

  9. soklan said

    hahaha..crita israiliyat moden, sesuai sgt dgn penulis blog ni pun perangai macam yahudi

  10. ja said

    …kerja kuat buat fitnoh..nerako laa

  11. Zul said

    Kepersepakatan dalam Pakatan Rakyat di atas PERSAMAAN menegakkan KEBENARAN dan KEADILAN. KEBENARAN dan KEADILAN tidak mengenal saudara mara atau pun kawan-kawan. Inilah bahana Fitnah Kuasa.

  12. Shahir said

    Nik Abduh ni kaki balak rupanya. Memang la, anak manja. Bukan macam ayahnya yang susah berjuang. Dia senang. Hidup senang. Macam Najib la, hidup senang, tak macam tun razak, orang miskin.

    Nik abduh mana tahu masalah orang lain.

  13. saxo69 said

    Sedih kalau betul cerita ni. Kita dok kata puak2 UMNO jahat, menyamun mentekedarah hasil kekayaan sumber2 asli di negeri2 taklukannya, rupanya kerajaan PAS pun 2×5. Jangan nanti sejarah berulang kembali, rakyat muak dengan sengketa dalaman kerajaan PAS Kelantan dan bertindak menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan.

    Kerajaan Islam yang hebat2 seperti kerajaan Umaiyah dan Abbasiyah tumbang kerana konflik dalaman dan kelemahan pemerintah. Pemimpin2 mereka tinggal di mahligai istana untuk menjarakkan diri mereka dengan rakyat biasa. Tidak seperti zaman pemerintahan Rasulullah S.A.W dan Khulafa Al-Rasyidin yang mana Baginda dan sahabat2 yang diamanahkan menjadi pemimpin duduk dan tinggal bersama komuniti masyarakat setempat.

  14. aljohori aljawi said

    pengkisahan yang benar-benar berniat jahat.

  15. abeisye said

    ni blog busuk hati ada,,, ini umno punya blog le. Husam tu sapa ha?????, talak nilai satu sen pun, act lebih loooo. Ini Husam ma, mahu itu Timb Pelsiden jawatan . Lo punya blog ha, talak guna punya . Gua lasa lu ni ejen Umno yg nak itu mampuih… tunggu itu PRU 13, mampuihhhh UMNO

  16. Aku bukan guano…berani iblis ni dok seranah kawan aku dalam blog aku… sekali lagi kena ingat..kalau takpakai seluar dalam…jangan paksa orang selak kain kita nanti tak pasal-pasal dapat malu free. Kalau cakap Nik Abduh terima upah ke apa ke atau dalam erti kata lain rasuah dari sapa-sapa la…kenap tak report ke SPRM…atau tak payah report..SPRM sendiri akan mari tangkap dia….anak Nik Aziz ni weh…SPRM terliur benar…

    Cuba Mu sebut nama siapa pembantu jahat Presiden tu…sebut la nama..aku boleh sebut..anualbakri, husam musa…sebut la jangan dok serakap jarang…aku cakap dah…kalau pembantu presiden tu jahat…tok dan ko kito..anak-anak dia Mohd Khalil Atau menantu Dia Zaharuddin gomol orang tu dulu….dua beradik bukan budak bodo samada dalam ilmu pengajian (kedua-dua tengah siapkan PHD) dalam politik pun boleh tahan…..tak macam hok sekeliling TGNA..kalau kita tak buat kenapa tak berani keluar buat penafian???? husam mana? anualbakri mana?…semua orang tahula betapa busuknya hati nak sabotaj calon PRK Kuala Terengganu…orang tahu siapa yang sanggup datang untuk bertemu dengan ‘pemberontak K.Terengganu” di Batu Enam, semata-mata kononya tandatangan ketua-ketua cawangan di kuala Terengganu yang kononya tak sokong Wahid endut…laporan itu nak di kemukan kepada TGNA…supaya TGNA belaga pulak dengan TGHH dalam pemilihgan calon PRK Kuala Terengganu…nak suruh aku cerita ke benda tu…kan malu pulak anualbakri…sebab tiu orang suruhan dia…sanggup datang dari Kota Bharu ke batu 6 kuala trg semata-mata nak bagi gambaran salah kepada TGNA supaya nampak bertentangan dengan TGHH dalam soal calon PRK K.TRG.

    adalah lagi…tapi tak apa la…aku bukan nak jelaskan kepada beruk tuan punya blog ni….tapi kepada pembaca blog beruk ni

  17. belut pisang said

    pakai jubah, graduan dari timur tengah – maka “ulama”? woi, hari ni orang pakai t-shirt dan seluar bottom track pun ramai fasih bahasa Arab (malah 3, 4 bahasa). Kalau lulusan al-azhar tetapi bawa SUV mewah plat dua digit, tak fasih sangat bahasa Arab tetapi pakai jubah? Ulama ke tu?

  18. belut pisang said

    Golongan yang ingin berbaik dengan Umno ingin melaksanakan hukuman hudud dengan kerjasama PDRM dan pejabat peguam negara. Kau tak kesian ke Anwar dan Karpal Singh? sure di bawah pemerintahan Umno-Pas, mereka akan kena charge ghibbah! Berat hukuman tu woi… jadi macam negara beraja Arab lah, syariah untuk rakyat biasa.. mereka (kroni) terlepas dari undang2!

  19. aicik said

    ha ha ha…sama2 tuduh cara borong. Tapi pada aku la, Kalau masa ceramah orang dok hentam UMNO bagai nak rak, siap di labelkan dengan macam2 gelaran, tapi lepas ceramah dok berunding dengan puak UMNO untuk kerajaan perpaduan, itu pada aku munafik namanya. Lupakan lah kerajaan perpaduan korang tu…takde paedahnya berbaik dengan UMNO. UMNO ni species anjing tersepit.

    Kot ye pun nak jawatan menteri, sabor2 je la. Ada rezeki jadi menteri dalam kerajaan PR. Tapi kalau dah arwah dulu nak buat camner. Lagi pun tak yahlah beria-ia dengan fahaman bangsa melayu ni. PAS pun sejak akhir2 ni statement mesti sebut Islam dan melayu…tak yah sebut2 bangsa melayu tu….hishhhhh

  20. xYz said

    Salam..

    Nik Abduh berlindung belakang TGNA, xpe la.. sbb dia anak TGNA. Tp yang Husam dll dok berselindung disebalik mursyidul am PAS tu apa..

  21. jiwoklate said

    salam.
    kalau lah kalian/ente2 semua
    berada di saf pimpinan pemuda pas
    d kelantan, pasti tau kisah
    sebenarnya..kisah yb taki,abe jak+
    anak+kroni,nik abduh, dh jd public secret…
    tpi utk kemaslahatan bersama, kami
    x pernah nak kecoh2..alih2 nik abduh
    sendiri yg dok goyang pokok.apa kes?

  22. hussin abdaziz said

    salam,

    saya tak minat pun antihusam blog ni, oleh kerana diberi link, saya pun masuk, artikael pun nov 2008 lagi. dak masuk kena komen laa…

    saya petik:

    antihusam.blogspot.com adalah suara bagi “Pemimpin PAS yang terlalu sayangkan kafir DAP!”. itulah pemahaman awal saya apbila melihat apa yang tertera di bawah tajuk blog.
    walau bagaimanapun ianya meleset sama sekali kerana yang terhidang nyata penuh caci cela, sumpah seranah, dakyah fitnah terhadap hamba Allah yang bernama husam musa, bertepatan dengan nama blog. harapan saya semoga blog antihusam ini bukan hasil kerja orang islam, lebih lebih lagi ahli pas sendiri!
    saya terjemput untuk mengulas, cuma harap saya agar ulasan saya tidak akan “hilang” seperti yang berlaku di blog nik abduh.
    salam “Pemerhati Politik yg telus”
    sdra “Memohon disebarkan diblog (antihusam)” dengan penuh yakin bahawa “maklumat diperolehi adalah benar..tq”
    ia adalah “tentang penyalahgunaan kuasa yang dilaku oleh Dato Husam Musa terutama di Kelantan”
    sdra “banyak mendengar tentang kroni-kroni dan syarikat yang di taja oleh Husam Musa”
    sdra kata “maklumat diperolehi adalah benar” sedangkan sdra hanya “banyak mendengar tentang kroni-kroni dan syarikat yang di taja oleh Husam”. Maklumat yang sdra “banyak mendengar”, sdra amati “kebanyakan nya dibawah Perbadanan Menteri Besar Kelantan”. sdra menambah “sehingga Pegawainya melaporkan pada Tuan Guru Nik azik, tapi Tok guru macam tak percaya penglibatan Husam Musa”
    apa beza cerita ini dengan cerita mi celup nik abduh yang dilihat sebagai kerja memperlekehkan tgna? saya tertanya tanya, kenapakah setiap kali kumpulan pro unity govt cuba mempertahankannya dan memilih menghentam pihak yang “dilihat” sebagai lawan, tg nik aziz yang dimangsakan. pada hemat saya, ada usaha untuk menggantikan tgna sebagai mursyidul am kerana tok guru ‘batu penghalang’ kepada perancangan pihak tertentu. Saya petik dari komen saya yang “ghaib” dari blog nik abduh:
    “pasbaru@yahoo.com said…

    “…saya dengar sendiri daripada Timbalan Mursyidul Am Ust Haron Din bahawa setelah dia dan Tok Guru Hj Hadi pegi bejumpa dgn Tok Guru Nik Aziz utk explain pasal unity government, barulah Tok Guru Nik Aziz faham dan dia minta maaf dgn Presiden kerana katanya beliau mendapat maklumat yang salah daripada seseorang!”

    saya dapati ada sesuatu yang tidak kena dari pandangan sdra di atas “setelah dia dan Tok Guru Hj Hadi pegi bejumpa dgn Tok Guru Nik Aziz utk explain pasal unity government”.

    i. timb mursyidul “tahu” pasal unity govt.
    ii. maknanya perbincangan unity govt turut dihadiri oleh timb mursyidul.
    iii. besar kemungkinan semasa perbincangan, mursyidul tidak dapat hadir.
    iv. mursyidul tidak tahu menahu berkenaan unity govt.
    v. unity govt diuar-uarkan walaupun mursyidul tak tahu apa-apa mengenainya.
    vi. jk mana yang bertanggungjawab membincang mengenai unity govt – dewan harian? ajk pas pusat? majlis syura?
    vii. mustahil unity govt dibancang oleh mana-mana jk kerana mursyidul tak tahu, ada ajk pas pusat tak tahu? ada ahli dewan harian tak tahu, ada ahli dewan ulama tak tahu.

    tak bolehkah, sebelum dihebahkan, terlebih dahulu bertemu mursyidul untuk memberitahu kepadanya apa benda unity govt ni.

    siapakah yang boleh dipertanggungjawabkan sehingga menyebabkan tg nik aziz menerima “maklumat salah daripada seseorang”?
    yang sdra “kenal pasti mengikut risikan” sdra “satu Bangunan Khas bertempat di sebelahan Jalan Telipot” … “dapati pekerja yang bekerja di syarikat Global Media Channel tidak mempunyai EPF dan PERKESO padahal dah lebih setahun beroperasi dan staff 30 org pekerja” (banyak pekerja di buang sesuka hati dan pekerja takut untuk melaporkan kepada pihak berwajib hak mereka seperti EPF dan PERKESO)
    sdra sepatutnya menasihati mereka membuat laporan kepada pihak berwajib sebaik sahaja mendapat maklumat dari mereka!
    syarikat global media “membuat siaran langsung melalui Internet di web ipglobal.tv, bagi setiap negeri pembangkang yang memerlukan siaran langsung di internet” – saya kira ini boleh dianggap sebagai kerja bodoh syarikat berkenaan?
    mengenai permohonan balak, sdra menyatakan sukar berurusan dengan husam tetapi “Nik Amar amat mudah memberi kelulusan balak”. tidak keterlaluanlah kalau saya katakana bahawa kemarahan serta cemuhan terhadap husam bersumberkan balak.
    sdra kemudian “mintak BPR siasat penglibatan HUSAM Musa dalam beberapa syarikat yang di bagitahu di atas”. di sini nampak sangat sdra kurang cerdik. dengan maklumat yang sdra miliki melalui “pendengaran, pengamatan dan risikan” sdralah orang yang paling arif untuk membuat laporan. kenapa perlu merapu di blog ini?
    (dihantar kpd antihusam.blogspot.com pd 11 mei 09 jam 5.45 pm)

  23. hussin abdaziz said

    jutaones said
    May 4, 2009 at 11:42 am

    Ni bukan kisah benar..ni kisah israiliyyat moden…tulisan pun tak de roh nak baca…

    Gaya penulisan semacam org tak dapat nak ‘ranggoh’ balak..

    terima kasih jutaones kerana demo akui bahawa puak puak tu memang “ranggoh’ balak!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: