TGNA Kena Kepong!

Turun kapalterbang, terus TG Nik Aziz kena kepong. Depan pintu kapal terbang doh dok tunggu. Sapa lagi, geng lapar balak lah campur geng Kerajaan Perpaduan la.

TGNA dikawal rapi. Dak bagi ruang seorang diri. Takut Set Husam masuk dekat. Set Husam tak leh sambut TGNA lasung.

Itulah kisah benar TGNA bila balik umrah.

Kawal rapi TGNA sampailah dia naik kapalterbang kelik Kelantan. Kat Kota Bharu, Ketua Lapar Balak, Razak Abas dok tunggu dengan gangsternya. Reporter kena tohok ke tepi habis. Kena marah sampai mureh.

TGNA di escort sanasini sampai kelik rumah kat Pulau Melaka. Depan rumah dan belakang rumah, Geng Lapar Balak dengan Geng Kerajaan Perpaduan blok dan periksa orang nak jumpa TGNA. Takut orang Husam terlucut masuk. Takut TGNA kena ‘racun’ ko Husam.

TGNA nak solat pun ada bodyguard balak dok kilah sana sini. Kesian TGNA.

Sampai subuh dok kena jaga. Set Lapar Balak dan set Kerajaan Perpaduan takut benar TGNA jumpa Husam. Tergamak seksa rindu TGNA pada Husam.

Tapi letak tembok cina pun, TGNA hebat lagi. Akhir akhir, terlucut jugak. TGNA bagitahu paper, Ulamak ke bukan ulamak ke tak penting, tapi pemimpin kena ada ilmu. Kena cerdik. Ulamak saja kalau tak cerdik wak gapo!”

Nampaknya, pemilihan kali ni, betul-betul kerna masadepan PAS dan masa depan Geng Lapar Balak dan Geng Kerajaan Perpaduan. Husam kena disingkirkan. Kalau dak dak berasa balak dan berasa nak jadi Menteri BN lah demo tu semua.

Siapa dak baca tulisan sensasi anak Nik Aziz,  tapi sayang tak lebih dari menepuk air di dulang, muka sendiri jugak yang kuyup.

Dulu orang dak bercakap pasal kereta CRVnya, pasal dia makan gaji buta dok jadi ahli majlis MPKB dan komisyen balak, hari ini semua dah habis dicerita orang.

Nik Abduh dah pusing lalat. Bukan kerana banyak bersembunyi kat Kedai Lalat (Tak jauh dah dengan rumahnya), tetapi pening lalat pasal bau busuk jadi banyak lalat dok mari.

Nik Abduh buat pendedahan waktu Tuan Guru Nik Aziz mengerjakan umrah menunjukkan dia ada agenda busuk.

Terus terang, orang dah tahu Nik Abduh nak tunjuk hero belasah Husam. Dulu Nik Abduh halau Husam dari Kijang dalam Pengkalan Chepa. Hari ini Nik Abduh dengan sokongan moral pembantu Presiden di Selangor dan Terengganu nak bunuh karier politik Husam lak.

Kenapa ya?

Nik d sah berdalih dengan hujah-hujahnya. Kalau dia anak jantan berterus terang sahaja dia bencikan Husam kerana sejak Husam jadi exco kewangan, segala karut marut balak yang dinikmati oleh beberapa orang tertentu dalam PAS dah tamat.

Razak Abas, pembantu TGNA dan rakan balak Takiyuddin and the geng jugak kesayangan Nik Abduh. Tak payah sandiwara lagi. Ini semua hal dunia dan daak da kaitan dengan Ulama, membela Islam atau Perpaduan Melayu.

Dulu Nik Abduh bukan main lantang tuduh Husam rasuah sehinggakan dia tersembam dalam keaiban depan ayahandanya sendiri sebab tu dendam kesumat tak habis-habis.

Siapa dari geng Balak yang nak Husam menang Timbalan Presiden? Kalau Husam menang Timbalan Presiden, TGNA akan serahkan pada Husam jawatan MB Kelantan. Dah lebih enam tahun geng balak dok ikat perut tak cukup pitih balak, Husam jadi MB, habislah. Bukan ikat perut mati kebulur teruih.

Yang sedihnya, Nik Abduh bukan anak jantan, dia belasah Husam sambil selindung belakang jubah ayahandanya.  Akibatnya, Husam tak kena, tapi ayahandanya yang teruk menanggung.

Inilah kisah benar hari ni. Nik Abduh cuba buruk Husam tapi conteng arang kat muka ayahandanya. Nik Abduh dak pandai. Dia makan jolokan pembantu Presiden di Selangor, takda fikir panjang langsung.

Nik Abduh ingat dia memukul Husam tapi buah yang digarap pembantu TG Haji Hadi sebenarnya nak jatuh maruah Nik Aziz. Jangan salah faham, TGHH langsung tidak dok dalam hal ini. Namanya kena lelong dek kepentingan orang lain.

Ini balas dendam terhadap TGNA sebab pembantu TGHH dak puas hati dengan TGNA dak menerima saranan Muzakarah dan lepas Kerajaan Perpaduan yang di lahir hasil hubungan sulit Timbalan Presiden PAS Ust. Nasha dengan UMNO.

Tindakan TGNA, terlepaslah peluang pembantu TGHH nak rasa jadi Setiausaha Akhbar Menteri.

Mudah nak racun Nik Abduh kerana kemelut lama dan balak yang dak pernah Husam lulus. lepas Mac 8, Husam dok buat sistem baru bagi susah perut-perut tu nok kuyah balak. Husam sendiri minta TGNA gugurkan nama dia dari Jkuasa Balak. Tapi Mohd Amar ada dan gerenti sign surat balak.

Kalau Husam kena tendang, Mohd Amar boleh jadi MB Kelantan dan senang nak ranggas balak.

Nik Abduh kena racun, konon cerita Husam letok YB Latif cabar Nik Abduh dari jadi Ketua Pemuda Kelantan. Gambrar maut, menggaga Nik Abduh.

Lepas kena tegur maruah Nik Abduh lebam macam buah pauh siam busuk. Mulalah meraban kononnya, TGNA tawar dia tanding pilihanraya. Pilih saja kat mana nak. Jadi cerita, Nik Aziz ni berat sangatlah perangainya nepotisme. Walhal, masa PRU 12 TGNA sendiri cakap, Nik Abduh tak layak sebab ‘dok matang’. Tu memang ikhlas dari TGNA. Jadi hari ini satu Malaya dok tengok Nik Abduh ni tak matang.

Nik Abduh ni mangsa saja. Dia dok jahat tapi sikit ada sikap berlagak. Inilah yang dimanipulasi oleh pembantu Presiden.

Kesian. Lagu ni lah PAS kalau nak tahu. Cerita benar PAS yang Harakah tak keluarkan dan Utusan tak tahu menahu.

KUALA LUMPUR 1 Mei – Bukan ulama pun boleh terajui Pas! Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Ahmad Awang hari ini menyanggah Ketua Dewan Ulama parti itu, Datuk Mohamed Daud Iraqi yang menyatakan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden perlu disandang oleh golongan ulama.

Menurutnya, Majlis Syura Ulama Pas tidak pernah meletakkan sebarang garis panduan khusus atau syarat tersebut untuk melantik dua jawatan tertinggi itu.

Beliau bagaimanapun menjelaskan ia telah menjadi satu kefahaman umum sejak dahulu lagi bahawa kedua-dua jawatan tersebut lazimnya diisi oleh mereka yang berpendidikan formal dan berpengetahuan tinggi dalam bidang agama.

Menurut Ahmad, walaupun ketetapan telah dibuat oleh Dewan Ulama parti yang mahukan dua jawatan tertinggi itu perlu disandang oleh golongan ulama, tetapi ia masih belum muktamad dan perlu dibincangkan dalam Majlis Syura Ulama Pas.

“Sesiapa sahaja boleh mencambah pendapat tetapi ia masih tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulama yang merupakan badan bukan eksekutif tertinggi parti yang bertanggungjawab terhadap dasar dan hala tuju Pas.

“Secara organisasinya, di bawah majlis ini terletak Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang dianggotai oleh Presiden, Timbalan Presiden, tiga Naib Presiden dan Ketua-ketua Dewan seperti Pemuda, Ulama dan Muslimat serta beberapa jawatan penting lain lagi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah beliau, syarat utama yang dipersetujui ialah setiap calon itu bukan sahaja perlu berilmu tetapi perlu secara konsisten beramal dengan ajaran Islam dan tawaduk dengan ilmu yang dikuasainya.

Beliau menegaskan seorang pemimpin bertaraf ulama amat diperlukan untuk memimpin sebuah parti yang memperjuangkan Islam tetapi pada masa sama tidak pula boleh menafikan kebolehan dan kapasiti pemimpin lain yang bukan ulama.

“Seperti Syed Qutb pemimpin Ikhwan Muslimin, Mesir beliau berkelulusan kejuruteraan tetapi pada masa sama mahir dalam pelbagai bidang termasuk agama dan politik sehingga mampu menghasilkan beberapa tafsir dan buku agama yang menjadi rujukan sehingga kini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fatah Harun membidas sesetengah pemimpin ulama yang tidak memahami konsep sebenar kepimpinan ulama bagi mewujudkan barisan pemimpin yang mantap.

Beliau memberitahu Bernama, kepimpinan ulama sebenar ialah kombinasi antara ulama dengan profesional bagi memantapkan masa depan parti itu dan memastikan Pas terus diterima oleh semua peringkat pengikut sepanjang masa.

Sehubungan itu, Abdul Fatah mahu pemimpin terbabit diberi pendedahan mengenai konsep itu seperti yang diputuskan oleh Dewan Pemuda Pas pada muktamar agung parti 20 tahun lalu, di Bukit Mertajam.

“Saya bimbang jika konsep kepimpinan ulama ini tidak difahami, sesetengah ahli Pas mahu Pas hanya dimonopoli oleh golongan ulama,” katanya kepada Bernama di Rantau Panjang, Kelantan hari ini.

Isu sama ada perlunya golongan ulama atau profesional menerajui kepimpinan Pas kembali hangat menjelang pemilihan parti itu Jun ini yang dijangka menyaksikan saingan sengit untuk jawatan Timbalan Presiden yang dikaitkan dengan hala tuju sebenar parti.

Penyandang jawatan, Nasharuddin Mat Isa telah mengesahkan untuk mempertahankan jawatan itu.

Antara nama yang disebut-sebut akan mencabarnya ialah dua Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan Mohammad Sabu selain Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali.

Bagaimanapun Husam hanya membayangkan untuk menawarkan diri bagi jawatan tersebut berdasarkan perkembangan semasa terutama apabila timbulnya keraguan tentang ‘hubungan sulit’ Pas-UMNO.

Hello world!

May 3, 2009

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!